Ke arah unimas cemerlang, gemilang dan terbilang
Kumpulan
kami yang diberi nama Ulat Mulong telah memilih isu yang hangat diperkatakan oleh warga UNIMAS pada masa sekarang iaitu Perpindahan
ke Kampus Baru UNIMAS sekaligus sebagai tajuk yang dibincangkan. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kesesuaian iaitu ia merupakan subjek kepada setiap perbualan dan sering menimbulkan persoalan kepada kakitangan, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar sendiri. Persoalannya: Bilakah perpindahan secara
rasmi akan berlaku dan apakah keistimewaan yang boleh diharapkan apabila berpindah ke kampus baru nanti?
Kumpulan kami hanya akan mengupas sedikit daripada jawapan kepada persoalan-prsoalan tersebut berdasarkan maklumat, pemerhatian, dan ide yang diberikan kepada kami
menurut sumber-sumber yang amat relevan. Umpamanya temu bual bersama dekan, Profesor Mohd.Fadzil Abdul Rahman, rakaman video,
gambar-gambar, dan leaflet serta sumber rujukan daripada orang perseorangan yang
tidak dapat kami nyatakan di sini.
Untuk merealisasikan harapan kami sebagai pelajar UNIMAS untuk menyahut
cabaran baru di kampus baru nanti, kumpulan kami telah mengabadikannya dalam bentuk hasil
kerja projek untuk tugasan TMX2012 ini.

|