Berikut merupakan sedutan temuramah yang kami perolehi :
Soalan: Apakah perasaan Prof.apabila FSGK berpindah ke kampus baru yang mana menjanjikan keselesaan dari segi
ruang yang lebih luas dan kemudahan yang pelbagai untuk pengajaran dan pembelajaran?
Jawapan: “Alhamdulillah terlalu gembira dan seronok kerana 12 tahun berada di kampus sementara yang sepatutnya
pada perancangan awal hanya selepas 5 tahun kita akan berpindah ke kampus tetap tetapi pada masa sekarang sudah menjangkaui
10 tahun dan hampir 12 tahun, masih lagi beroperasi di kampus sementara dengan serba kekurangan. Fakulti seni ini memerlukan
banyak ruang dan fasiliti yang mencukupi untuk makmal, studio, ruang latihan, contohnya Panggung Eksperimen yang turut digunakan
untuk kelas, latihan, aktiviti, dan ia terbatas dengan pelbagai masalah. Kalau dilihat studio kita, ianya adalah serba kekurangan.
Sebagai antara yang terawal di fakulti, tentulah saya berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk berpindah memandangkan kepada
keperluan pelajar pada hakikatnya terutamanya yang kondusif dari segi peralatan, prasarana, ruang." Saya sudah melihat perkembangan
peljar-pelajar bermula dari 0 sehingga ke hari ini.”
Soalan: Boleh tak Prof. menerangkan secara ringkas sejarah UNIMAS
ditubuhkan? Dan FSGK.
Jawapan: “UNIMAS ditubuh dan diwartakan sebagai sebuah universiti pada 24 Disember.1993 tetapi ia
belum beroperasi. Pada masa itu dilantik seorang naib chanselor dan beberapa orang pegawai kanan untuk menjalankan pengoperasian
UNIMAS. Pada tahun 1994, barulah kita menyaksikan pengambilan pelajar bagi tiga buah fakulti pada waktu itu. Kalau
tidak silap bilangan pelajar hanya beberapa ratus orang sahaja. Kemudian barulah diperkenalkan dua fakulti lain seperti FSGK,
dan FEB adalah yang termuda. UNIMAS mengekalkan lapan fakulti dan satu pusat bahasa dan FSGKmelakukan pengambilan pelajar
pertama pada tahun 1995 dengan bilangan yang kecil.”
Soalan: Berapakah bilangan program/kursus yg ditawarkan oleh FSGK pada ketika itu?
Jawapan: “Pada asalnya, hanya ada Teknologi Rekacipta, Seni Halus dan Drama dan Teater. Sinematografi
juga merupakan antara program yang terawal diperkenalkan tetapi kemudiannya dilihat perlu ada program lain yang diperkenalkan
seperti Muzik, dan Pengurusan Seni.”
Soalan: Adakah program-program dimasukkan secara beransur-ansur atau sekaligus?
Jawapan: “Pada peringkat awal pengambilan hanya pada bidang-bidang terawal yang ditawarkan
iaitu Seni Halus dan Teknologi Rekacipta kemudian barulah Drama dan Teater. Drama ditawarkan kerana dekan pertama pada ketika
itu mempunyai latar belakang Drama dan Teater. Penubuhan program-program adalah secara beransur-ansur tetapi tidak
lama jarak masanya. Pada tahun 1994 sahaja kita sudah pun mewujudkan semua program yang ada seperti pada hari ini.
Seni Halus dan Teknologi Senireka itu merupakan nama yang besar kerana ditubuhkan banyak cabang program seperti Tekstil,
Grafik, Rekacipta Industri, Animasi di bawah Teknologi Senireka dan begitu juga Seni Halus kerana di bawahnya itu ada
Seramik, Fotografi dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kemahiran yang bersifat integrasi atau Integrated
Art. Kita tidak mahu skop Seni Halus nampak kecil dengan memfokuskan lukisan poster, brush, kanvas tetapi digabungkan
dengan Fotografi, Seramik, dan sebagainya.”
Soalan: Boleh Prof jelaskan tentang pencapaian pelajar FSGK pada ketika itu? Maksudnya dlm tempoh 10 tahun
selepas penubuhannya?
Jawapan: “Tidak ada pengangguran kerana FSGK menawarkan kemahiran untuk pelajar-pelajarnya. Pencapaian
pelajar kita adalah cemerlang kerana terdapat ramai pelajar kita telah diterima memasuki kumpulan A dalam kerajaan,
termasuk bidang yang sememangnya berkaitan kemahiran yang dipelajari, syarikat swasta, ada juga yang berjaya sebagai usahawan
dan mendapat tawaran projek untuk kampus baru. Ada yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi seperti Universiti
Multimedia dan Institut Lim Kok Wing, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaya dan sebagainya. Kemahiran
yang diperolehi benar-benar telah dipraktikkan.”
Soalan: Bilakah agaknya kita akan b’pindah ke kampus baru?
Jawapan: “Tarikhnya adalah pada 15 April 2006 setelah dipersetujui selepas CIPTA”.
Soalan: Bagaimana pula dengan infrastruktur bangunan dan siapakah yang membina rekaannya?
Jawapan: “FSGK sengaja dicipta sebagai bangunan yang menjadi mercu tanda UNIMAS. Apabila berada
di pintu masuk utama sahaja, pandangan pelawat akan tertumpu kepada bangunan CAIS dan FSGK. Tujuannya ialah rekaan bangunan
yang cantik dan mempunyai latar belakang yang bersifat seni mencuri perhatian pelawat untuk mengunjungi galeri-galeri dan
studio kita. Rekaan bangunan FSGK adalah kolektif daripada rekaan orang kita sendiri dan arkitek yang dilantik oleh universiti.
Kita memberikan lakaran ide dalam bentuk lukisan teknikal serta pandangan dan hasil bagaimana yang kita kehendaki. Bangunan
FSGK merupakan bangunan yang tercantik dan rumit untuk dibina. Ini diakui oleh konsultan dari Jepun.”
Soalan: Boleh tak Prof. menerangkan maksud warna yang terdapat pada bangunan FSGK iaitu biru, merah, dan kuning?
Jawapan: “Ia bukanlah warna yang khusus untuk FSGK sebaliknya merupakan warna korporat bagi UNIMAS.
Oleh kerana FSGK menjadi mercu tanda dan berhampiran dengan CAIS, warna itu telah diletakkan pada bangunan FSGK.
Di samping itu, harapan saya agar pelajar-pelajar dengan sendirinya akan lebih ‘merapatkan’ diri mereka kepada
CAIS.”
Soalan: Bagaimanakah pula dengan pengajian untuk Sarjana dan Kedoktoran?
Jawapan: “Kita sudah pun menawarkan pengajian untuk Sarjana dan Kedoktoran tetapi lebih kepada bentuk
penyelidikan. Pada masa akan datang, menurut perancangan, fakulti akan membuka pengajian Sarjana dalam Pengurusan Seni
dan dari pelbagai latar belakang program yang sedia ada untuk turut serta.”
Soalan: Pada masa akan datang, apakah harapan Prof untuk FSGK di kampus baru?
Jawapan: “Pada perancangan, Saya ingin memperkembangkan fungsi FSGK sebagai fakulti yang bersifat
teknologi dan tidak bergantung kepada bentuk konvensional seperti mana universiti lain.”